Bismillah Alhamdulillah
Assalamualaikum, hai geng . apa habaq?
(amboi time duk tulis entry ni dia sedu macam itik lapaq ayaq aihh-.-)
okey. sekarang ni aku dah officially graduated dari cfs iium gambang, pahang
Hm,. nak throwback sikit la. Dulu masa first dapat reply daripada upu, sedih gak la KANNN .
sebab tak dapat UM (Universiti Malaya)
*UIAdihatiku*
then, tengok punya tengok, cek punya cek, Alhamdulillah. dapat tawaran pergigian from uia.
sekilas pandang alhamdulillah dapat uia pj ( konon dekat ngan kl, boleh merap adik beradik kat sana )
dua tiga hari nak daftar,baca surat, attudia.. baru tergedik gedik nak cari apa itu GAMBANG???
dah tu konfius dengan uia Kuantan. ingat kat situ.. rupanya memang betoi2 gambang .
hutan dehhh
lebih tepat hutan simpan.
na. supaya jelas sikit yang dekat pahang ni ada dua ketul uia . satu uiaK satu cfsiium gambang
cfs ni untuk asasi- dekat sini ada program sciences la, macam medic, denti, pharmacy, nursing, physical science. many more to come, since cfs ni baru lagi. eh tak baru sangat la. hahaha but still tak cukup 5 tahun lagi, tak mumayyiz lagi ( gittueww)
uiaK ni bila dah cukup tempoh matang. hahaha i mean bila adik ( cewah) dah habis study 2 tahun or setahun or setahun senggah.
p/s : duration study kay uia ni vary. makna kata bila masuk degree. hampa boleh jadi jr kepada kawan hampa yang sama tahun .. sebab depa habis awai..
pasaipa boleh habes awai? haaa depa ni geng cekang tak dak dah.. pandai masyaaAllah.
ni geng selalunya dak dak Darul Quran (DQ) budak Maahad, sekolah pondok agama dan sebagainya.
kat sini akan ada tiga exam , satu exam bahasa arab, satu exam english, satu lagi exam fardhu ain
arab lulus
english lulus
= 1 year
arab lulus
english level 6
= 1 year
arab level 2
english lulus
=1 year
hat lain tu, pandai pandai la noo
hat lain tu maknanya hampa 2 years.
yang jadi 1.5 years ni aku musykil sikit. ada la orang kata kononnya sebab complaint. lama sangat asasi 2 tahun tu.
padahal, dua tahun tu, nak kentut pun tak sempat... pun pack. sebab kena amek banyak subjek, nak nak pulak bila kau tak exempted (lulus) ujian bahasa
ingat senang. hahaha aku exempted english., tapi kantoi arab level 1 = 2 years la ye
mai kita sembang pasai kelas pula.
kat sini, takda building banyak lagi. sebab under construction lagi. Makna kata banyak la abang abang bangla
(but jangan risau so far takda lagi kes pelik pelik ya ) Alhamdulillah, semua masih terpelihara, ada nya warden2 yang cekap serta pak guard yang sador ( Eh..)
(but jangan risau so far takda lagi kes pelik pelik ya ) Alhamdulillah, semua masih terpelihara, ada nya warden2 yang cekap serta pak guard yang sador ( Eh..)
cumanya masih kena hati hati la, pakaian tu jaga la,jangan la plak pakai seluar ketat macam swimming trunk tu (hagak hagak la)
admin building
eh melalut plak, kelas kat sini semua kat admin building (pasni insyaaAllah kat bangunan yang siap dibina-jangan risau, sumpah lawa) tera kelas sementara pun sejuk, aircond 16 degree celcius, ada 4 aircond satu kelas banggg.
sejuk, kalau tak tahan, bawa baju sejuk. cumanya kerusi meja dia la,, meja flip flip tu, so kalau anda jenis bawa buku teks tebal 4 inci tu, mohon belajar untuk suaikan dengan kesempitan ruang tu ye,. jangan sampai jatuh atas kaki...( calculator jatuh tu biasa dah, pen apa semua perkara wajib)
memandangkan kelas semua pack, so kalau nak clearkan jadual hari jumaat tu kena p set cepat cepat kat sis. yang sepatutnya. level one ni
supaya hampa dapat cuti 3 hari (muahahahaha) sebab tu pilih class rep yang rajin dan gigih cari kekosongan.
kalau kelas ganti selalunya, susah nak dapat venue. so hampa akan ada kelas lewat petang dimana akan nampak rakan rakan yang lain terkinja kinja di tepi tingkap kelas anda menunjukkan erti kebebasan beriadah sedangkan anda terkurung ( hehehe)
sebab kat sini, tak ya pakai banyak lighting, semua tingkap transparent. so jimat elektrik naaa.
dak pun lecturer akan buat kelas kat mahallah the one and only al biruni ( tapi dia kaler kelabu tau) ni nama kat sini sempena tokoh islam bukan sempena warna color luna or stabilo ye anak anak.
![](https://sites.google.com/site/bittersweetatcfsiium2/_/rsrc/1441122496234/buildings-and-facilities/Mahallah%20al%20Biruni.jpg?height=300&width=400)
ni mahallah al biruni
sebenarnya ada banyak lagi, but dalam construction. hang tak boleh p. satgi kena saman. lagipun pikiaq la keselamatan takut dihempap apa apa yang tak sepatutnya. lagipun, tang ni ada wildboar yang sesat. dan abang2 bangla yang ramai. so tak yah nak p melawat site. hang bukan engineer pun,.
so masa zaman aku cewah (2014,2015,2016) kami (bro & sis) kongsi mahallah.
APA??? TENG TENG TENG
sat laaa, toksah kalaut cerita kat parent. satgi depa risau,. aku pun terkejut gak dulu. ye laaa yuaiyeh kannn takkan share bumbung ngan brother. masyaaAllah. mendatangkan fitnah (nauzubillahi min zalik)
hehe idok la buka bilik nampak bilik bro bagai. kan semua ada banyak blok, so brother blok A & B, sisters C D E
semua ada sampai 5 level. takda lift ye anak anak (rancang la perabut perabut anda -.-)
p/s kalau barang banyak macam aku ni. ha redha la kau level berapa pun. tapi alhamdulillah, tak pernah level lain selain level 2. ada tips. tapi nak tau kena pm ( HAHAHAHAHAH)
JANGAN GODA AKAK OR ABG KERANI YE.
JAGA IMAN SIKIT JANGAN BIADAP SANGAT EHHH
[AMARAN KERAS]
![](https://sites.google.com/site/gambangians/_/rsrc/1440380152672/facilities/mahallah-al-biruni/20150819_142556.jpg)
bilik kat mahallah ni memang world class la. selesa, tak bersyukur lagi boleh gantung nafsu laaa
cermin panjang sesuai untuk orang rendah, lampu sorang dua, kipas sorang satu, perabut tirai semua lengkap. kira kalau tak dapat 4 flat tu. sebab malas la ehh
( saja nak bagi diri sendiri insaf)
ada empat orang sebilik, cun right . haaa wifi, laju ikut nasib. hahahah rumet aku dulu line tipon pun takda, semua menumpang kasih kat compartment aku..
(dugaan besar aku tu)
kalau kipas macam siput ba** mohon report kat mahallah office.. apa apa je la, kau tak puas hati.. report je,,ok? jangan dok buat confession bagai.. salurkan ketidak puasan hati hang tu ke lorong yang benar.. baru boleh improve.. ni merunggut je kerja.. tampar kanggg...
kat sini, popular mesej viral. kau salah je,, nanti ada mesej viral tegur kau secara menyeluruh. so behave bro and sis.
biah kat sini cun. ok la kalau untuk berubah ke arah kebaikan ni.. tapi ada je orang biasa biasa. macam aku.
kalau sister suka gelak mengilai selalunya bro akan jerit.. woiii diam.. ahhaah benda betul.. aku as sister pun bengang like.. kau pehal over sangat mengilai tu (walaupun kekadang aku terjebak bila terlalu lupa diri)
kalau bro, depa ni bising bila waktu riadah. aduhhh kasut sukan dok sruk street bunyi bising.. time ni memang tak leh tido.. futsal court kat tengah tengah banggg.. tido celah manaa.. bising kot.. tapi time ni boleh la usha zauj ( hahaha) lawak je .
sebab time baca entry ni mesti dah bebai mengantuk.. padan muka,,. aku pun tatau nak tulis apa dah.
time riadah, hampa boleh main macam macam. main mata pun adalah senaman ringan tapi banyak dosa, (HAH.. TEGURAN KAT DIRI)
beskat pun ada, tapi ikot color laaa,, kalau hang jenis kemetot baik naik basikal warna.. warna apa ntah... sebab ada orang gitau..
ada archery.. berenang takda ye, berkuda pun takda, yang ada kucing je wak.. takkan nak naik wildboar kot.. Eh.
okey okey
society???
masuk je FRCC ke, FRC ke, MRC ke, MEDCY ke
ni yang official la.
aku dulu FRC tapi pubpro je la eh..
ni gambar keluarga frc, bahagia, alhamdulillah anak ramai. hahaha |
ni keluarga pubpro : walid & balqis tak ada.. balik awaii |
hmm
tak banyak pun nak kongsi. senang cerita kalau berminat nak tahu pasal uia gambang ni. sikit sikit boleh la tolong
drop la komen
follow insta
@bellahns
@bellahns
follow twitter ka
@slsblhns
kalau nak tanya sangat, kalau hang dulu ni ada no cek, boleh pm. no worry. insyaaallah boleh tolong hat mana mampu
nampak tak pubpro kat situ. hahahaha
okey bahh.. see u
assalamualaikum
study lillah, takkan lelah
Akak bagi tau la tips mahallah boleh tingkat 2.. saya ni dapat tingkat 4 memang cari nahas la kak, sebulan tak hilang lenguh kalo mcm ni huhuhu
ReplyDelete