Oh Tuhan,
Salahkah aku jika aku terlalu memilih,
Salahkah aku jika aku terlalu meminta ruang,
Salahkah aku mencari kepercayaan yang hilang,
Salahkah aku menolak orang yang datang,
Oh Tuhan,
Gimana patut aku lakukan?
Pantaskah aku lakukan?
Atau lebih pantas jika aku lepaskan?
Rasa rasa ini yang patut ku tebas.
Oh Tuhan,
Aku tahu mana cintaku hilang.
Aku tahu mana kepercayaanku terbang,
Aku tahu mana yakinku rapuh,
Aku tahu aku tak bisa jadi seperti dulu.
Oh Tuhan,
Kata kata manusia manusia itu indah belaka,
Terkadang seakan buat aku lupa ,
Padahal mereka hanya sama,
Mencuba nasib tika mereka sepi.
Oh Tuhan,
Tidak adakah yang benar benar ikhlas?
Menghormati diri ini apa adanya.
Tidakkah mereka tahu,
Aku bukan seperti yang lain..
Kerana cintaku pernah hancur,
Dan mustahil tuk ku percaya lagi.