iklan

Monday, August 22, 2016

TEMUDUGA

Bismillah, Alhamdulillah
Assalamualaikum. haii people ! (bapak acah)

so memandangkan sekarang ni tengah cuti semester (cuti la sangat, seminggu je.. alhamdulillah syukur) aku ingat nak update sikit pasal interview sebelum masuk kuliyah dulu.
sebenarnya da lama nak update, tapi ye la,, dulu takut.. kalau update.. kang Dr tu terbaca,, terus dia kan sel kemasukan aku. nauzubillahi minzalik... jangan la Dr, saya nak kongsi je ni..
hahahaha

I'm so sorry in advance ye DR kalau ada yang mengguris hati.

sebenarnya aku rasa semua orang da familiar dengan interview ni (IV) yela, dari mock interview time highschool, tapisan nak masuk universiti or mara or biasiswa bagai en ?
so kita boleh kata common la. so kalau ada orang yang macam confident da dengan diri dia, rasa nak skip entry ni boleh je.. Iolls cuma nak share je apa yang aku lalui time interview sebelum masuk degree kat Uia ni. (kalau ada yang tertanya, aku amek kos pergigian selama 5 tahun, ni tahun pertama insyaaAllah- long way to go so doa doakan aku dan batchmates ku berjaya, Allahuma ameen)


so let's get started. kalau benda first nak fikir mestila preparation, daripada pakaian, cara susunan file hinggalah ke hari temuduga tu

so kita petik secara brief je la eh memandangkan aku nak fokus temuduga aku dulu.

pakaian

paling basic sekali kena kemas, rambut, tudung, muka, make up tu. semua kena on point. rambut kena kemas letak gel or minyak, tudung or apa2 je jangan nak meriah macam nak pergi dinner. muka make sure berseri. tak perlu make up persis wanita opera. pakaian jangan macam pokok krismas (orang kata) so not more than 3 colors, no big flower, no striking color, no big abstract. plain is the best. boleh further google kalau mahu.

susunan file

from the best to the ordinary one. buku fail academic mesti asing dengan koko, nak kasi kemas, don't forget your resume. ( what makes people must choose you ) ok ? arasso ?

preparation

at least cari la sikit info tentang temuduga awak tu. try nak perkenalkan diri. practice. especially kalau temuduga awak tu bahasa asing. tak nak la nampak eh uk um. semua tu.. nak fluent gitu. tapi make sure jangan over sangat like kerek namateyy.. hahaha kena chill sikit. sebab nanti interviewver rasa awak ni sesuatu yang sengal.


my experience.

kalau tak silap i, interview denti ni, dalam minggu exam. ke lepas exam ? ke sebelum exam? ehhh area area tu la eh. dah la rasa semak sangat sebab takda proper attire. (bukan kes perempuan banyak baju but tak bersyukur!! aku memang takda baju sesuai duh) baju yang ada, corak bunga sebesar raflesia, color terang bak hilighter . pokoknya ngak sesuai deh. so aku pun 2 weeks before tu gatai la p order online ^.^ (ni je la ubatnya) so amek baju warna tanah.. so dah lengkap pakaian aku
[baju jubah dress warna tanah: tudung light orange ; kasut bertutup batu bata ( additional 1cm heels )]

pastu, kan aku kata week tu busy kan, so ada la sikit sikit je search pasal uia, pasal dentistry secara mendalam. masa tu la nak hafal triple ICE hahaha.sapa rector etc. pastu ada group classmate lama, which is semua denti.. so dok kongsi maklumat kat situ ( ilmu tu ibarat air, jadi biarkan ia mengalir ) . tapi rasa macam, eh kesian kat budak denti lain. so , kitorang open group tu untuk jadi group budak denti yang kekal sehingga hari ini ( ti-ten-nium) btach ke sepuluh yuaieh. so pakat gila share, selagi mampu jawab, jawab. MASA TU RASA MACAM FINAL YEAR EXAM DENTI .hahahaha, semua benda try to fit in mind. ada ja some people rasa insecure dengan tindakan some of us yang nampak acah macam well-prepared sangat. hahaha padahal. lebih kurang jek

so esok tu, berdebar la, list name keluar, mujur dentistry punya iv sorang sorang. takda la nebes gila
. so aku punya turn, petang. lepas zohor ( aku macam alamak, terkejar kejar ni,mmm confirm sebab nak qailullah lagi hehe) pastu alhamdulillah., i can be there on time
aku orang ketiga petang tu if not mistaken,hm

so masa tunggu tu, lama juga la, sebab Drs habis session 2 punya iv tu lambat, so kena consider time diorang nak solat, nak lunch lagi. so masa tu, buat discussion la. discuss semua cuak je bila dengar soalan2 bocordari pagi tadi punya iv, tanya pasal denti secara deep . pasal pendapat tentang tunic la.. etec. tunic tu,, baju uniform masa 3,4,5th year.

masa tengah borak borak tu, out of sudden ada satu Dr ni ternampak kawan aku punya soalan2 yang dia list, so one of them is about Tunic. so Dr tu was like.. aiyooo soalan bocor..!!! tak boleh jadi kena ubah kann soalan kita Dr iswan . (( masa tu semua dah kelat !! soalan apa lagi.. Ya Allah )

so kitorang just tunggu ja, apa jadi untuk first calon, jeng jeng jeng,, nad kot kalau tak silap 
tunggu dia lama la juga, sampai neves aku dibuatnya. so senang cerita aku masuk toilet dalam 3-4 kali tau! hahahaa. pastu aku masuk kawasan iv tu then nad keluar, masa tu sempat la borak sikit.
tanya weh soalan apa..
pastu dia kata, dia tak ingat sangat. banyak juga ditanya (yelaaa lama kot) pastu dia ingat satu je, Dr tanya teka teki. "bagaimana nak masukkan gajah dalam peti"

so kitorang yang belum masuk ni, gunakan gajet sebaik mungkin untuk google beberapa teka teki . Lels. pastu aku pergi tandas lagi !!!! teruk kan neves aku.

pastu lepas balik tu,, aku isolate diri aku kat bawah aircond, sebab kau tahu laaaa paip kat level three tu, kalau pressure dia kuat  sangat, habis basah baju aku. ( kalau boleh nak laaa nampak purfecttt )
so bagi kering jap.. pastu orang kedua lepas nad tu keluar,, ehh maknanya turn aku la kannnn..

masa tu jantung lub dub lub dub blup blup . hahaha neves punya beat. tapi muka kena maintain senyum. aku bab fake smile ni, pro sikit selain resting B face. hahaa

so aku ketuk pintu, makin dekat and makin dekat with the board of DRs. aku tak duduk selagi tak duduk,instead aku kena attacked. First question," kamu yang tanya soalan kat saya semalam kan?"
aku pun cam telan ayaq liuq la weh. pastu ngaku, Dr tanya aoa ntah lagi,. tapi tetiba aku dengar  Dr sue suruh duduk, then thank you apa semua. ( oh tapi semua ni in english ya anak anak?) uia ni omputeh kalau tak pun arab.

first question:
 so apa yang awak dah tahu tentang iv ni, takkan la kawan kawan apa tak beritahu apa apa ?

me: erm, saya tak tahu banyak Dr. saya pergi tandas tadi, dapat tahu satu soalan. 
Drs: oh siapa kawan awak yang bagitahu tu? mai kitorang nak cancel nama dia
me: ( need 999!!!) hm.. saya sebenarnya tahu dari ramai orang, so saya pun konfius. ( masa ni defensive mode jap )tauriyah arab dia, double meaning, hahaha.
Drs: oo awak tahu tak kerja dr ni kita kena tanggungjawab bla bla bla. kena tazkirah free time ni. masa ni ada provocking(.which is aku macam.. rilek la dr... sendu dah saya ni.)
me: sebenarnya Dr, saya pergi tandas, so tak join sangat, lepas p tandas, saya duduk kat situ (while pointing that so called ISOLATED DESK)
Drs: so, awak ni memang selfish? tak nak join kawan2, ooo tak bagus ni as a Dr. 
me: defensive mode lagi, eh bukan macam tu,,, macam ni .. (trying to clarify )
Drs: awak kalau Dr kena MENGAKU KESALAHAN, YOU TAK BOLEH BUAT SALAH THEN POINT KAT ORANG LAIN, KEJAP YE KEJAP TAK.
me: Excuse me Drs, i think i must clean my name right here, let me clarify.. bla bla A-Z

pastu dia tanya.. teka teki" macam mana nak masukkan gajah dalam peti ais"
me: buka peti , letak gajah, tutup
Drs: kalau saya nak letak zirafah?
me" buka peti, take out gajah, letak zirafah, tutup
DRs: TAK ACI, SOALAN BOCOR


question two:

Dr. Iswan : saya tengok gambar profile kat sini, i can see mole. quite big but where is it ?
me: HAHAHAHA terbahak aku kat situ, tak sopan betoi. but aku explain laaa kenapa boleh tetiba almost vanish macam Dr kata.. ( cerita laaa pasai akil, sambil tangan aku naik bila bercerita sakan)
Dr: tapi awak patut update, tak boleh guna gambar ni.. awak da tipu saya buat kali kedua. Dr tak patut macam ni,.. tipu profile.. tahu tak awak boleh dibuang .. awak tak layak.. again your name.. *kita boleh reject nama dia*(( time provoke ni.. huhuhuhuhu na nangis) T.T 
me: my bad dr pasai gambar etc.. acah mengaku.. hehehe

question 3:

masa aku bercerita tu,, kan angkat tangan,, so he saw something.
Dr: i can see ring, you dah kawen? dah bertunang?
me : ( hellyaaa NOO!!!) eh tak Dr.
Dr: so kenapa awak pakai ? awak tak serius belajar? ada plan nak kawen time belajar ???
me: sebenarnya blabla bla bla....(tak leh tahu nanti lari la matlamat aku pakai kalau aku cerita kat hampa semua )
Dr: awak menipu kali ketiga.. this is too much .! tak layakkkk.. awak takda hak nak halang lelaki suka awak dengan pakai cincin etc. banyak gila kena tazkirah.. ahhahaha

question 4:

take this plain paper
Drs: macam mana nak bakar paper ni ?
me : lighter???
Drs : okey lagi ( more than 5x) -.-"" haha
me, magnifying glass, put in in fire...... use rock
Drs: if i give you rock, can you make fire?
me ( ya Allah, matila nak....) terus teringat,, haritu saya tengok NG so dia kata, kalau nak buat api guna batu, batu tu kena betoi betoi kering. so im afraid batu yang Dr bagi tu tak cukup kering .

question 5 :

Drs: bakat u ?
me: multitalented (puih ) menyanyi, menari, melukis, berlakon.( semua aku bedal, acah je hebat)
Drs: too cliche, berlakon? kami nak awak berlakon. take that white paper and pretending that you received a reject letter ((WHATTTT!!!))
me: belakon .. lipat paper, acah buka.. so masa tu hati da sendu.. acah baca.. pastu mommy, i didnt get bla bla bla.. but i akan apply rayuannn.. diorang akan menyesal for rejecting me.. masa tu air mata menitikkkkk

DRs: did you just cried? omaigod hayati watakkk.. bagus bagus.. tahu tak KOD ada drama nanti.. I nak u perform sekali lagi depan kami
(banyak laaaa hayati watak... memang sedih betoi kotttt.. hahaha but nevermind)

DRs: belakon balik, lipat surat tu, in the other way ( padahal plain paper, ya Allah menguji) dan kata awak dapat tawaran,.sebab rayuan awak tu.
me: berlakonbalik..... "alhamdulillah......"
DRs: that alhamdulillah tho.. really uia student
me: ahhahahaha

Question 6: 
Drs: so nak sambung belajar mahal.. u nak amek pinjaman ke pama ?
me: as for me, my parents dah tua, so i tak sampai hati nak bebankan diorang. i maybe minta tolong siblings. but as far as i concern , diorang mesti ada kegunaab sendiri.. and i rasa i nak apply ptptn. as at my age i should be responsible, i yang nak belajar. etc..
Drs: that's great !

pastu sembang apa ntah lagi.. pasal family background. semua terkejut aku ada 10 siblings.. hahaha kemonla.. hahah..

pastu okeyyy we're finished.. sempat lagi aku berdiri and kata.

" DRS THANK YOU FOR ALL THE QUESTIONS, YOU GUYS ARE AMAZING AND IM HOPING TO MEET YOU IN KULIYYAH SOON, THANK YOU "


oke.. sebenarnya dah makin short dah tulisan aku ni.. sebab la ni kul 2 pagi beb.. so letih hhaha.. semoga bermanfaar.. share la kat kawan kawan.

so jangan cuak. jangan kerek, jangan cepat nangis, be prepared.

goodluck gais. !! see you in kuliyyah 




Sunday, August 14, 2016

SALAH FAHAM

Bismillah, alhamdulillah

hye guys ma frequent reader ( if any besides me )

Assalamualaikum..

so what's up?

I've been thinking since yesterday what's make my joke is unacceptable to certain people .*deep breath*

sorry duh bro sebab you're mistaken my act as humiliating you but I swear that none of it was my attention.

i thought that I take it as a joke like.. yeah.. like how I love those things

tapi tak sangka pulak, it ended up jadi messed up semua sampai aku punya blood pressure laju gila macam nak meletupppppp

sumpah semalam bengang sangat. sangat sangat sangat. tapi telan je , bukan telan.. macam kulum je. nak luah kan... lagi lima tahun nak jumpa muka sama, nak ditelan, bukan jenis pendam, takut amarah lagi hebat. cewah.
bukan apa, sebenarnya ada la sikit tengah tarbiah ego. so, tak nak la marah-marah. hancur diet soul gitu.

tapi kan, nak highlight kat sini, how you think it might be silly in your point of you, some people might not have a thought like you did. instead, diorang rasa offended. which is aku pun pelik sangat like whaaatttt ? benda ceni pun nak terasa like aku ni malukan dia ( baca: cyberbully )


pastu aku ni, jenis tak suka la nak berbasa basi kalau orang dah buat serangan hendap tanpa helmet ni, jadi aku ambil inisiatif untuk cakap dengan A terus. 
My bad . I admited la memang salah aku like post something with his name on it. ye la. sebab joke dia tu lawak ( read: bagi aku) 

so ingat nak share but ended up (baca: hati tisu)

pastu tak apa la..
masa nak claimed salah masing-masing tu, masa suruh stop provoking in group tu ,A macam reply satu ayat yang aku sendiri rasa terbakar bakar jowa raga... maklumlah anak bongsu memang sensodyne macam ubat gigi tu..


pastu mula la dari tak kenal rasa tak suka.
like actually kalau orang minta maaf kat kita ni,, professional aa babe. kalau tengah bengang tu tak yah la nak hembus je.. (baca: aku tak hembus kau pun dah ok, cuba berhikmah lagi)

sebab apa? sebab hormat.

like for me, kalau nampak C buat salah, kenapa nak gitau dalam group bagai, boleh je tanya sumber ( baca: yang repost gambar tu kat kau ) tentang identiti orang tu, bukan menjadi satu alasan untuk terus provoke like aa pasni tanak cakap da .. sembang sini je.. kita kita je.. like????? 

especialy bila orang yang kau attack tu perempuan bro.. tahu tak apa perempuan rasa bila lelaki keluar ayat2 centu?

so bila dah tahu siapa yang buat salah tu, boleh la personal mesej dia, minta tolong delete. duh, boleh terima kot kalau centu. tapi bila provoke ni.. you know la kan dia punya bad impact tu


so whats to be highlight are :
  1. don't take things ( read: no matter how funny there are) into jokes. - some ppl can bloody "heaven" feel so serious bout that-
  2. Don't say any word when you're angry
  3. Never provoke ( read: if you're afraid of WW III)
  4. learnt to be a forgiver
  5. respect
  6. never have high expectations on ppl
  7. many more


wallahu'alam. this entry might be mixed up (read: really emotional ) as I've been holding this.

p/s : all the characters A ,B and C have forgive each other and won't talk to each other (read: avoid misunderstanding AGAIN)

Friday, August 5, 2016

SUICIDE SQUAD

Bismillah, Alhamdulillah

Assalamualaikum lovely people on earth :) 

where did I get this courage to write a new entry? (I'm wondering too) HAHAHA
Let it go~
so here I would like to share, benda apa yang aku tengok tadi. HAAA. tengok tajuk la, tadi sebenarnya lepas kelas pergi tengok suicide squad. Well actually plan asal nak pergi tengok bad mom ( acah acah tak sabar nak jadi mak mak) tapi, since cerita suicide squad tu nampak so interesting, so intention tu deviate lasikit (sikit je) 
so habis je kelas, gerak dulu la pape roger -.-" 

pergi ecm, makan nasi ayam pa semua, pastu solat zohor jap kat ecm punya surau tu (YA ALLAH....lama sangat tak g ecm rasanya sebab bau hapak surau tu boleh bikin pening kepala adik..) 
p/s: searching for rich people to sponsor some air conditioner.

pastu okey.
kitorang berlima, pergi la beli tiket ( eh terbalik, beli seat dulu sebenarnya) 

*tak penting sebenarnya*
nak bagi review actually... so nak berapa star? 3.5 la kot... hehehe overall best. tapi ada banyak parts which I'm expecting for more. 
tapi nak highlight kat sini...

deadshot tu lovely daddy sangat T.T sedih la part dia ngan anak dia.... ngawww.. almost kerai but I so sador so tak nangis aa citer dia.


crazy woman tu (puteh gilaaaa patutla ada story kenapa dia melepak gitu) dia couple ngan jokerman.
jokerman tu bapak saiko. hmm.. tapi kan suka kat part yang jokerman (JM) tanya HQ tu pasai HQ sayang dia ke tak tu ( sebenarnya part ni tak dengar sangat dia cakap apa... sebab acah acah whispering apa tahhh..ye ye o je kannn,,) so last last tu pompuan tu terjun juga dalam air kimia tu ( nak buktikan cinta la konon,, belakon boleh la.. reality... mati katak ( qhalas ) la hang kat situ..
oke oke.. pastu kan.. yang best nya masa JM tu walk away la.. acah ingatkan dia nak kata HQ tu gila.. sebab depa dua ni gila... rupa rupamya.... dia pusing balik belakang dan terjun selamatkan,.. nak highlight part pusing belakang tu....PRICELESS nya muka dia... cair jap macam kisah cinta aku plak.. padahal JM ngan HQ yang bercinta..

in the nutshell depa ni couple yang lovely gila & memang gila betoi.

pastu ada crocodile man, hat ni muka dia lawak & dia pun lawak. rasa macam nak ghunaih ja kulit dia hat bersisik sisik tu...

pastu boomerang man... hat ni kuangjaq. seryes.. boleh ke dia yang plan nak lari pastu hasut climbingman tu.. kan dah kena bom.....

pastu ada wanita berpedang ( poyo je) tapi cayala perempuan ni main pedang.. aku nak angkat kapak pun terketaq ketaq...

pastu ada ahli sihir by cara... dia ni.. cantik nyaaa.. dia kena rasuk la.. pastu jadi witch centu.. hmm..tapi part ni la tak gemar sangat ,.. tu yang tolak markah sikit.. tapi DR. june a.k.a witch ni pun bercinta ngan flag.. bf dia ni soldier. orang suruh jaga... last last bercinta...hmm


so nak tau lebih lanjut. ikhtiar la sendiri.

wassalamualaikum